Tuhan ampunilah hambaMu yang lemah
Kami orang muda banyak pancaroba
Kami sering lupa malas beribadah
Tak menghormati ibu bapa
Gambaran orang mukmin sebenar
Sentiasa menjaga sembahyangnya
Bertanggungjawab terhadap
Agama, diri dan juga keluarga
Kanak-kanak mereka dikasihi
Orang tua dihormati
Orang muda kuat tubuhnya
Tajam pemikirannya
Saat paling sesuai beribadah
Usah ditunggu lagi
Orang muda ada disebut
Mendapat lindungan hari kemudian
Jika mereka melaksanakan
Dua perkara menjadi rebutan
Pertamanya berkasihan keranaNya
Berjumpa berpisah kerana ibadah
Duanya mengatakan tidak kepada
Gadis yang mengajak sumbang
Kita manusia beruntung
Wahai orang muda kita sering lupa
Masa berlalu sekali cuma
Jangan budayakan tabiat melepak
Kelak kita yang rugi
Membuang masa tiada untungnya
Mari hindari bersama
Kita hindari bersama!
Kami orang muda banyak pancaroba
Kami sering lupa malas beribadah
Tak menghormati ibu bapa
Gambaran orang mukmin sebenar
Sentiasa menjaga sembahyangnya
Bertanggungjawab terhadap
Agama, diri dan juga keluarga
Kanak-kanak mereka dikasihi
Orang tua dihormati
Orang muda kuat tubuhnya
Tajam pemikirannya
Saat paling sesuai beribadah
Usah ditunggu lagi
Orang muda ada disebut
Mendapat lindungan hari kemudian
Jika mereka melaksanakan
Dua perkara menjadi rebutan
Pertamanya berkasihan keranaNya
Berjumpa berpisah kerana ibadah
Duanya mengatakan tidak kepada
Gadis yang mengajak sumbang
Kita manusia beruntung
Wahai orang muda kita sering lupa
Masa berlalu sekali cuma
Jangan budayakan tabiat melepak
Kelak kita yang rugi
Membuang masa tiada untungnya
Mari hindari bersama
Kita hindari bersama!
Aslmkm,
ReplyDeleteYou have called to our youth and you have called to them by reminding them, which is good.
Our youth clearly needs to be reminded as more and more are going astray by the day.
waalaikummussalam.. thank you for your useful advice :) i will improve my blog's content in order 2 spread our da'wah insyaallah.
ReplyDelete