Tuesday, April 28, 2009

Makhluk vs Pencipta




Aku melihat di sekeliling hidupku. Dunia dipenuhi dengan manusia yang sibuk dengan urusan masing-masing. Setiap orang sibuk dengan perkara duniawi. Insan yang memerlukan tempat mengadu domba masalah hidupnya perlu disimpan di dalam hatinya sahaja. Walaupun tidak tertanggung tetapi perlu disimpan untuk dihadiahkan dan diadukan kepada Penciptanya.



Hanya Allah sahaja tempat untuk berkongsi masalah. Manusia? kebanyakan manusia tidak boleh dipercayai. Bila berkongsi masalah, belum tentu ianya akan selesai malah akan bertambah masalah. Cerita itu akan menjadi gosip/buah mulut orang ramai dan akan menjadi lebih bernanah dan menyakitkan hati!



Manusia sering memperbesar2kan kelemahan orang lain di khalayak ramai. Betul lah kata peribahasa 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. Begitulah hakikatnya manusia. Berbahagia dan berbangga menyebarkan fitnah dan kelemahan orang lain. Ingatlah manusia bahawa jika kita menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak.



Belum tentu jika ibubapa mengatakan 'saya kenal la perangai anak saya'. Adakah mereka faham kenapa anak2 mereka bertindak begitu? Hakikatnya walaupun insan itu merupakan anak kandungnya, belum tentu lagi ibu bapa itu dapat memahami anak2nya 100%. Jadi janganlah menceritakan keaiban anak2 di hadapan orang lain. Anak-anak juga mempunyai maruah diri. Yang perlu diceritakan hanyalah kebaikan anak2 bukan keburukan/kelemahan mereka.



Manusia akan lemas dan rimas apabila diceritakan masalah kepadanya... (manusia akan mengeluh di dalam hatinya: ' hish! x ada org lain ke nak jumpa aku..banyak btul masalah dia!). Tetapi lain pula apabila diceritakan kepada Penciptanya. Allah s.w.t ternanti2 rayuan hambaNya. Allah ingin mendengar rintihan mereka. Sampai begitu sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Allahhu Akbar! Betapa kerdil dan hinanya kita jika dibandingkan dengan kasih sayang Allah s.w.t. Walau apa jua dugaan yang menimpa diri kita perlu sabar dan tabah mengharungi liku2 kehidupan.


"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan bersabarlah melawan musuhmu dan berjagalah (di perbatasan negerimu) dan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan." (Surah Al-Imran:200)

Peringatan Untuk Muslimah


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan.. . maka bila teringatkan mereka aku menangis."

Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda: Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih. Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya. Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya. Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka. Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri. Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra. Wanita yg berkepala spt kepala babi & kaldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku. .. ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1)Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

2)Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3)Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.

4)Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.

5)Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

6) Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.

7)Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8)Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba( melaga-lagakan org) serta berdusta.

9)Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya. Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk.

Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu.Diantara sifat buruk mereka: Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya. Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah org. Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik.

A Look Inside The Kaabah




Monday, April 27, 2009

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka


Seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung-jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangung-jawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Contohi Peribadi Saidina Ali r.a


Kelahiran bayi pertama di bawah naungan Kaabah telah menggembirakan seluruh kaum arab Quraisy. Seorang insan agung yang menjadi pembela dan aset kepada bangsa, agama dan negaranya. Dialah Saidina Ali bin Abu Talib khalifah ar-rasyidin yang keempat. Di zaman beliaulah negara arab telah menjadi sebuah empayar yang cukup digeruni. Namun kebangkitan kekuasaan dan pengaruh negara arab ini bukan semata-mata kerana mereka memiliki aset kekayaan hasil bumi atau keuntungan perdagangan, akan tetapi harta yang bukan harta yang dijadikan aset iaitu remaja yang telah berjaya dibangunkan.


Ketokohan Saidina Ali sebagai seorang khalifah sebenarnya telah diasah dan digilap semenjak dari kecilnya. Keberkatan hidup bersama Rasulullah saw dan dididik oleh Baginda secara langsung telah berjaya membina keperibadian Saidina Ali yang sangat luar biasa. Apabila berada di tengah-tengah masyarakat, ramai yang tertawan hati. Bila berhadapan dengan musuh sangat digeruni. Beliau adalah kanak-kanak pertama memasuki Islam. Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah swt dan nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya di hadapan Baginda sendiri.



Penyaksian dibuat apabila terkesan dengan akhlak Baginda ketika beribadat menyembah Allah swt. Beliau bertanya kepada Rasulullah saw "wahai saudaraku, upacara apa yang telah engkau lakukan tadi?" Baginda juga merupakan sepupu beliau. Baginda menjawab "wahai Ali, aku sedang menyembah Allah swt, Tuhan yang menjadikan aku dan sekalian makhluk, marilah bersamaku mengesakan Tuhan yang sejati ini." "Izinkan aku bertanya dengan ibu dan ayahku terlebih dahulu." Balas Saidina Ali. Ketika ini umurnya baru berusia 10 tahun. Keesokan harinya beliau bertemu kembali Rasulullah saw dan berkata "sedangkan Tuhan yang menjadikan kedua ibu bapaku tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka, jadi apa perlunya aku berbincang dengan mereka sedang Allah swt itu adalah Tuhanku!" Terperanjat Baginda mendengar jawapan yang dilontarkan oleh seorang budak yang masih kecil tetapi keberaniannya amat luar biasa.



Sedangkan di saat itu kaumnya begitu fanatik dengan agama nenek moyang mereka. Menjadikan Latta dan Uzza sabagai tuhan. Pantang besar sesiapa yang berani menghina keyakinan dan keimanan yang dianggap suci ini. Beliau juga dididik menjadi seorang ilmuan yang mempunyai ilmu mencakupi pelbagai bidang terutamanya ilmu agama, ilmu kehidupan dan peperangan.Selain itu, Saidina Ali sendiri memiliki kemahiran bercakap dan lantang bersuara.Ini sangat membantu beliau untuk berhujah dengan masyarakat arab yang sangat suka perdebatan.
Di awal seruan dakwah Rasulullah saw, Baginda lebih tertumpu kepada kaum keluarganya sendiri. Baginda ingin menjadikan mereka sebagai model dan contoh kepada masyarakat. Agar masyarakat dapat memahami dengan jelas bahawa agama Islam ini adalah cara hidup yang sangat menepati dan sesuai dengan fitrah manusia. Pada suatu hari Baginda menjemput sekalian keluarganya ke rumah. Kehadiran mereka disambut dengan hidangan makanan yang enak-enak. Baginda meraikan seperti tetamu yang istimewa. Setelah selesai jamuan, Baginda mengambil peluang untuk menyampaikan seruan Tuhan yag Maha Pengasih dan Maha Penyayang. "Wahai kaum keluarga yang ku kasihi, sesungguhnya Tuhan yang menjadikan kita dan nenek moyang kita adalah Allah swt. Dan aku diutuskan kepada sekalian manusia sebagai rasulNya, marilah bersama kita perjuangkan Tuhan." Sunyi sepi suasana ketika itu, kemudian mula terdengar suara-suara sumbang mengejek dan mencerca Rasulullah saw. Terhiris hati Rasulullah saw apabila melihat tindak balas kaum keluarganya yang mengejek dan menghina Allah swt.







Namun Baginda tetap bersabar, walaupun hiba perasaan Baginda tetapi setitik air mata pun tidak terkeluar dari matanya. Hatinya sentiasa berdoa agar Allah swt mengampunkan umatnya. Tiba-tiba Saidina Ali bingkas bangun dan berkata "ya Rasulullah! akulah yang akan menolong mu, aku sedia memerangi siapa sahaja yang akan memerangimu!" Tersenyum Baginda apabila melihat keberanian Saidina Ali mengatakan kebersamaannya untuk memperjuangkan Tuhan. Inilah pengubat kesedihan Baginda. Tersentak kaum Quraisy melihat kelantangan Saidina Ali bersuara. Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana Saidina Ali adalah cucu kepada Abdul Muttalib, pembesar kaum Quraisy. Mereka segera beredar dengan perasaan yang tidak senang. Di umur belasan tahun ini, Saidina Ali telah menjadi orang yang mendokong kekasih Tuhan. Dirasakan Rasulullah saw seolah-olah kekasihnya juga. Kalau boleh jangan ada yang berani menentang Rasulullah saw lebih-lebih lagi mempermainkan Baginda. Bayangkan di tangan anak muda inilah dunia tunduk dan akur, sejak kecil lagi wataknya sudah menterjemahkan ketokohan beliau di hari akan datang.




Saidina Ali mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Rasulullah saw. Bukan diikat oleh pertalian keluarga dari nasab keturunan yang sama, tetapi kerana diikat oleh cita-cita yang sama .Ingin memperjuangkan Tuhan agar Allah swt benar-benar dikenali seterusnya dicintai oleh semua manusia . Di atas cita -cita inilah Saidina Ali sanggup menghadapi kesusahan dan menggadaikan nyawanya untuk Rasulullah saw. Apabila Allah swt memerintahkan supaya seluruh kaum muslimin Mekah berhijrah ke Madinah, bergegas-gegaslah kaum muslimin mencari peluang berhijrah, takut jika diketahui oleh orang arab Quraisy. Di saat ini, kaum muslimin telah diancam dan disiksa dengan begitu dahsyat. Begitu juga Rasulullah saw telah diancam bunuh. Di malam sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar, rumah baginda telah dikepong. Ketika itu Baginda tinggal berdua dengan Saidina Ali di rumah Baginda. Sedang di waktu, rumah Baginda telah dikepong oleh pemuda-pemuda dari qabilah-qabilah yang berbeza yang dihantar oleh arab Quraisy Mekah.



Sebelum Rasulullah saw berjaya keluar dari kepongan mereka, Rasulullah saw telah meminta Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda. "Wahai Ali, bolehkah engkau menggantikan tempat tidurku apabila aku berjaya keluar dari kepongan musuh-musuh Allah swt ini?" Lantas Saidina Ali menjawab " Demi Allah SWT dan RasulNya, aku sanggup melakukan apa sahaja." Maka keluarlah Baginda dengan selamat tanpa diusik oleh musuh sedikit pun. Setelah itu, pemuda-pemuda tersebut telah menyerbu masuk ke rumah Rasulullah SAW lalu membuka kain selimut di katil Baginda. Mereka terperanjat apabila mendapati Saidina Ali yang berbaring di katil tersebut. Andaikan, jika mereka terus munusukkan lembing dan menetakkan pedang ke katil Baginda. Tiada siapa lagi yang boleh menjamin keselamatan Saidina Ali. Namun atas dasar cintakan Rasulullah saw, beliau sanggup mengorbankan nyawanya sebagai pengganti. Tiada pengorbanan yang sanggup dibuat oleh dua insan yang sedang bercinta yang lebih hebat dari pengorbanan Saidina Ali ini. Memang layaklah Saidina Ali disenaraikan oleh Rasulullah saw di antara sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga. Inilah sebahagian kisah Saidina Ali di zaman remajanya.



Betapalah apabila beliau telah menjangkau dewasa. Pendidikan Rasulullah saw benar-benar telah menghidupkan akal dan jiwa Saidina Ali sehingga memiliki kemampuan di luar jangkaan fikiran manusia biasa. Seorang remaja yang baru menjangkau umur awal dewasa telah menjadi aset yang sangat berharga kepada bangsa, agama dan negaranya.

Thursday, April 23, 2009

Apologize n Forgiveness


3 cara untuk meredhai ujian yang menimpa diri dan berfikiran positif:
i) mengucapkan Innalillahi wa inna ilaihi raji u'n
ii) redha dengan ujian yang menimpa diri
iii) berdoa dengan memohon perkara2 yang lebih baik


"people who give forgiveness is better than the one who apologize" :)


so, bermaaf2 an la yer.. bila kita bermaaf2an hati menjadi tenang dan gembira. Ia juga melambangkan kemuliaan dan ketabahan seseorang individu itu kerana memaafkan lebih sukar daripada meminta maaf. ilal liqa'

Sunday, April 19, 2009

Women Police of Iran











Women Police of IRAN, Siapa kata Muslimah tidak boleh lakukan aktiviti lasak. Dengan pakaian yang sesuai, muslimah pun boleh..lihatlah aktiviti panjat dinding tu..Agak-agak kat Malaysia ni, bila dapat buat camnie...






Generasi Wawasan

Generasi wawasan
Generasi yang beriman
Meski kehidupan berpedoman

Nikmat dunia
Jangan melalaikan kita
Bersuka ria
Biar ada hadnya

Pergaulan bebas
Pendedahan aurat
Bukan dari ajaran Islam

Kemajuan kehidupan
Sama kita usaha
Tapi pembangunan insan
Perlu diutama

Kerna tiada ertilah
Tamadun yang megah
Tanpa adanya
Nilai murni ummah

Matlamat hidup di dunia
Mencari kedamaian sana
Akhirat negeri nan tercinta
Bahagia kekal selamanya

Saturday, April 18, 2009

ORANG MUDA


Tuhan ampunilah hambaMu yang lemah
Kami orang muda banyak pancaroba
Kami sering lupa malas beribadah
Tak menghormati ibu bapa

Gambaran orang mukmin sebenar
Sentiasa menjaga sembahyangnya
Bertanggungjawab terhadap
Agama, diri dan juga keluarga

Kanak-kanak mereka dikasihi
Orang tua dihormati
Orang muda kuat tubuhnya
Tajam pemikirannya

Saat paling sesuai beribadah
Usah ditunggu lagi
Orang muda ada disebut
Mendapat lindungan hari kemudian

Jika mereka melaksanakan
Dua perkara menjadi rebutan
Pertamanya berkasihan keranaNya
Berjumpa berpisah kerana ibadah
Duanya mengatakan tidak kepada
Gadis yang mengajak sumbang

Kita manusia beruntung
Wahai orang muda kita sering lupa
Masa berlalu sekali cuma
Jangan budayakan tabiat melepak

Kelak kita yang rugi
Membuang masa tiada untungnya
Mari hindari bersama
Kita hindari bersama!

SYAHDU


Oh Tuhan
Syahdu nian mayaMu ini
Namun syahdu lagi cintaMu
KesyahduanMu tiada bisa terurai
Dek segala insan maya ini


Mataku melihat sang ombak
Menongkah buih di lautan
Lambaian nyiur selembut gemalai jejari
Bagai menggamit ku ke sana


Telinga ini mendengar
Bisikan bayu kicauan burung
Desiran ombak menyentuh hatiku ini
Laranya hati mendambakan cintaMu


Oh Tuhan akan ku ta'zim kemuliaanMu
Akan ku semat keagunganMu
Agar terbuka segala pintu hati ini
Bersama belas hidayahMu

Friday, April 17, 2009

action speaks more than words...

Friday, April 10, 2009

Matlamat dan Cara

Matlamat dan cara terdiri daripada 3 cabang, iaitu:

i) matlamat betul dan cara yang betul;
sebagai contoh: manusia beribadah kepada Allah tidak kira sama ada ibadah khusus mahupun umum untuk mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.

ii) matlamat betul tetapi cara yang salah;
contoh: 'X' ingin bersedekah tetapi dia mencuri. Dalam masa yang sama 'X' menggunakan duit yang dia curi tersebut untuk disedekahkan. Contoh yang lain... sebuah persatuan mengadakan konsert hiburan yang melekakan iaitu bukan yang berbentuk keTuhanan untuk mendapatkan derma untuk diberikan kepada anak yatim. Lagi satu, halal ke duit tu? hmm...

iii) matlamat salah dan cara yang salah;
yang ni tak payah diterangkan...semua tahu fikir :)

Dalam Islam hanya terdapat satu sahaja perkara yang dibolehkan kepada manusia iaitu dengan mempunyai matlamat yang betul melalui cara yang betul. Fikir2kan dan renung2kanlah :)

Wednesday, April 8, 2009

Peranan Wanita daripada Sudut Pandang al-Qaradhawi


Secara umumnya, menegakkan agama, melaksanakan kewajiban dan menjauhi laranganNya, berhenti pada batasan-batasanNya, menyeru manusia pada agama Allah dan amar ma'ruf nahi mungkar adalah perkara yang mesti dan wajib dilaksanakan sebagai khalifah Allah s.w.t.


Peranan Muslimah

  1. Wanita di zaman ini perlu memainkan peranan yang sama penting dengan lelaki dalam bidang amal islami. Muslimah perlu mengerahkan tenaga dan masa demi menyebarkan ajaran islam.
  2. Bekerjasama dengan sesama wanita untuk menyedarkan kaum wanita dan mempersiapkan mereka untuk membantu agama ini. "Saling tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa" (al-Maidah:2).
  3. Mendidik anak2 dan suami untuk mentaati perintah Allah s.w.t.

Tuesday, April 7, 2009

Aim of Islamic Society


Reason alone is not enough to solve the problem of life. Reason needs revelation (Wahee) - Just as eyes need the light of the sun. This revelation is preserved in the Quran in its final and complete form. Mankind, therefore, cannot reach its desired destination without the Quran. » The Quran is the criterion for judging between truth and falsehood. Everything that agrees with the Quran is correct. That which is at variance with it, is false.
» The Messenger Muhammad peace be upon him has attained the pinnacle of beautiful character and conduct. Foreign con­spiracies, however, vitiated our history by alloying it with things that are a blot on the Messenger peace be upon him escutcheon, that is a stain on his honor. These sections of our history in whatever books they may appear are altogether wrong and fabricated. The Holy Qur'an is the ONLY criterion for judging the Messenger Muhammad peace be upon him character.
» From the viewpoint of the Quran, all human beings inhabiting the earth, are individuals belonging to one universal brotherhood. The practical aspect of estab­lishing this brotherhood would be that all mankind may lead their lives according to ONE dispensation.
» This universal organization of life may be formu­lated in such a manner that people of every era according to the requirements of their time - may compile the details of law in the light of the Quran, and by mutual consulta­tion. This would be done in the light of the immutable principles of the Quran. (These are called SHRIAH LAWS). The details of the law will keep changing according to circumstances, but the principles of the Quran shall forever remain unalterable.
» From the point of view of such an organization, the Quran envisages a society in which the latent abilities of ALL individuals are developed, and no one in such a society will be deprived of his life's necessi­ties. (This is interpreted as the preservation of the masses, or the fostering of mankind)
» For the attainment of this supreme objective of the preservation of the masses (from the Quranic viewpoint), it is indispensable that the sources of subsistence should be controlled by society, instead of being left in the hands of individuals. This will ensure that the distribution of the means of living, would be in accordance with the needs of every one. Thus no human being will be at the mercy of another human being. This is called the QURANIC ORGANIZATION FOR THE PRESERVATION OF MANKIND. Our aim is that the Quranic approach may prevail so that in the light of Divine Attributes every human being's latent abilities may develop fully. The world will thus become resplendent with the Light of the Eternal Nourisher (God Almighty).



Sunday, April 5, 2009

Kifarah Dosa


Segala penyakit yang menimpa diri kita merupakan kifarah kepada segala dosa yang telah kita lakukan. Kifarah bermaksud pembalasan atau denda terhadap dosa-dosa kita. Cuba kita renung-renungkan segala perkara yang kita telah lakukan?


Pada 12 Januari 2009, kaki saya telah dibedah archilis tendon kaki kiri saye telah putus (kalau x tau ape bende tu, pi tanye doktor.. :) ) Alhamdulillah sekarang dah hampir nak masuk bulan ketiga selepas pembedahan. Doa-doakan semoga saya cepat sembuh..insyaAllah!


Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kemalangan ini yang saya tidak ketahui. Daripada sudut negatif saya akan lambat habis pengajian dengan sahabat-sahabat yang seangkatan. Tetapi saya juga sedar bahawa mungkin ini adalah satu cara untuk Allah s.w.t menunjukkan kasih sayangNya kepada hambaNya. Kemalangan ini mungkin berlaku sebagai kifarah kepada dosa-dosa lalu yang telah saya lakukan. Lain orang, lain ujian yang diberikanNya..wAllahu a'lam.


Selain daripada itu saya pesan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat supaya jangan sekali-kali menyalahkan Allah di atas segala yang menimpa diri kita. Kita perlu kuat semangat dan lebih mendekati Allah s.w.t dengan beramal hanya keranaNya. Mana tahu dengan ujian ini, kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini serta dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.


"Inna ma a'l u'sri yusra" (At-tin:6) yang bermaksud "Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan" Jadi, muhasabahlah diri sokmo2.. :) wassalam.

Wednesday, April 1, 2009

???


hmmm...boring!!!! x tau nak buat ape daa... bile tgh blaja cbuk nk cuti... bile cuti nak menyibukkan diri pulak..isk3 tu la manusia..sape ade cadangan? angkat tangan!! nak angkat kaki pun boleh :P ...hehe

Utamakan Solat! :)

video