Sunday, April 5, 2009

Kifarah Dosa


Segala penyakit yang menimpa diri kita merupakan kifarah kepada segala dosa yang telah kita lakukan. Kifarah bermaksud pembalasan atau denda terhadap dosa-dosa kita. Cuba kita renung-renungkan segala perkara yang kita telah lakukan?


Pada 12 Januari 2009, kaki saya telah dibedah archilis tendon kaki kiri saye telah putus (kalau x tau ape bende tu, pi tanye doktor.. :) ) Alhamdulillah sekarang dah hampir nak masuk bulan ketiga selepas pembedahan. Doa-doakan semoga saya cepat sembuh..insyaAllah!


Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kemalangan ini yang saya tidak ketahui. Daripada sudut negatif saya akan lambat habis pengajian dengan sahabat-sahabat yang seangkatan. Tetapi saya juga sedar bahawa mungkin ini adalah satu cara untuk Allah s.w.t menunjukkan kasih sayangNya kepada hambaNya. Kemalangan ini mungkin berlaku sebagai kifarah kepada dosa-dosa lalu yang telah saya lakukan. Lain orang, lain ujian yang diberikanNya..wAllahu a'lam.


Selain daripada itu saya pesan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat supaya jangan sekali-kali menyalahkan Allah di atas segala yang menimpa diri kita. Kita perlu kuat semangat dan lebih mendekati Allah s.w.t dengan beramal hanya keranaNya. Mana tahu dengan ujian ini, kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini serta dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.


"Inna ma a'l u'sri yusra" (At-tin:6) yang bermaksud "Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan" Jadi, muhasabahlah diri sokmo2.. :) wassalam.

No comments:

Post a Comment