Friday, April 10, 2009

Matlamat dan Cara

Matlamat dan cara terdiri daripada 3 cabang, iaitu:

i) matlamat betul dan cara yang betul;
sebagai contoh: manusia beribadah kepada Allah tidak kira sama ada ibadah khusus mahupun umum untuk mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.

ii) matlamat betul tetapi cara yang salah;
contoh: 'X' ingin bersedekah tetapi dia mencuri. Dalam masa yang sama 'X' menggunakan duit yang dia curi tersebut untuk disedekahkan. Contoh yang lain... sebuah persatuan mengadakan konsert hiburan yang melekakan iaitu bukan yang berbentuk keTuhanan untuk mendapatkan derma untuk diberikan kepada anak yatim. Lagi satu, halal ke duit tu? hmm...

iii) matlamat salah dan cara yang salah;
yang ni tak payah diterangkan...semua tahu fikir :)

Dalam Islam hanya terdapat satu sahaja perkara yang dibolehkan kepada manusia iaitu dengan mempunyai matlamat yang betul melalui cara yang betul. Fikir2kan dan renung2kanlah :)

No comments:

Post a Comment