Kelahiran bayi pertama di bawah naungan Kaabah telah menggembirakan seluruh kaum arab Quraisy. Seorang insan agung yang menjadi pembela dan aset kepada bangsa, agama dan negaranya. Dialah Saidina Ali bin Abu Talib khalifah ar-rasyidin yang keempat. Di zaman beliaulah negara arab telah menjadi sebuah empayar yang cukup digeruni. Namun kebangkitan kekuasaan dan pengaruh negara arab ini bukan semata-mata kerana mereka memiliki aset kekayaan hasil bumi atau keuntungan perdagangan, akan tetapi harta yang bukan harta yang dijadikan aset iaitu remaja yang telah berjaya dibangunkan.
Sebelum Rasulullah saw berjaya keluar dari kepongan mereka, Rasulullah saw telah meminta Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda. "Wahai Ali, bolehkah engkau menggantikan tempat tidurku apabila aku berjaya keluar dari kepongan musuh-musuh Allah swt ini?" Lantas Saidina Ali menjawab " Demi Allah SWT dan RasulNya, aku sanggup melakukan apa sahaja." Maka keluarlah Baginda dengan selamat tanpa diusik oleh musuh sedikit pun. Setelah itu, pemuda-pemuda tersebut telah menyerbu masuk ke rumah Rasulullah SAW lalu membuka kain selimut di katil Baginda. Mereka terperanjat apabila mendapati Saidina Ali yang berbaring di katil tersebut. Andaikan, jika mereka terus munusukkan lembing dan menetakkan pedang ke katil Baginda. Tiada siapa lagi yang boleh menjamin keselamatan Saidina Ali. Namun atas dasar cintakan Rasulullah saw, beliau sanggup mengorbankan nyawanya sebagai pengganti. Tiada pengorbanan yang sanggup dibuat oleh dua insan yang sedang bercinta yang lebih hebat dari pengorbanan Saidina Ali ini. Memang layaklah Saidina Ali disenaraikan oleh Rasulullah saw di antara sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga. Inilah sebahagian kisah Saidina Ali di zaman remajanya.
Ketokohan Saidina Ali sebagai seorang khalifah sebenarnya telah diasah dan digilap semenjak dari kecilnya. Keberkatan hidup bersama Rasulullah saw dan dididik oleh Baginda secara langsung telah berjaya membina keperibadian Saidina Ali yang sangat luar biasa. Apabila berada di tengah-tengah masyarakat, ramai yang tertawan hati. Bila berhadapan dengan musuh sangat digeruni. Beliau adalah kanak-kanak pertama memasuki Islam. Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah swt dan nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya di hadapan Baginda sendiri.
Penyaksian dibuat apabila terkesan dengan akhlak Baginda ketika beribadat menyembah Allah swt. Beliau bertanya kepada Rasulullah saw "wahai saudaraku, upacara apa yang telah engkau lakukan tadi?" Baginda juga merupakan sepupu beliau. Baginda menjawab "wahai Ali, aku sedang menyembah Allah swt, Tuhan yang menjadikan aku dan sekalian makhluk, marilah bersamaku mengesakan Tuhan yang sejati ini." "Izinkan aku bertanya dengan ibu dan ayahku terlebih dahulu." Balas Saidina Ali. Ketika ini umurnya baru berusia 10 tahun. Keesokan harinya beliau bertemu kembali Rasulullah saw dan berkata "sedangkan Tuhan yang menjadikan kedua ibu bapaku tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka, jadi apa perlunya aku berbincang dengan mereka sedang Allah swt itu adalah Tuhanku!" Terperanjat Baginda mendengar jawapan yang dilontarkan oleh seorang budak yang masih kecil tetapi keberaniannya amat luar biasa.
Sedangkan di saat itu kaumnya begitu fanatik dengan agama nenek moyang mereka. Menjadikan Latta dan Uzza sabagai tuhan. Pantang besar sesiapa yang berani menghina keyakinan dan keimanan yang dianggap suci ini. Beliau juga dididik menjadi seorang ilmuan yang mempunyai ilmu mencakupi pelbagai bidang terutamanya ilmu agama, ilmu kehidupan dan peperangan.Selain itu, Saidina Ali sendiri memiliki kemahiran bercakap dan lantang bersuara.Ini sangat membantu beliau untuk berhujah dengan masyarakat arab yang sangat suka perdebatan.
Di awal seruan dakwah Rasulullah saw, Baginda lebih tertumpu kepada kaum keluarganya sendiri. Baginda ingin menjadikan mereka sebagai model dan contoh kepada masyarakat. Agar masyarakat dapat memahami dengan jelas bahawa agama Islam ini adalah cara hidup yang sangat menepati dan sesuai dengan fitrah manusia. Pada suatu hari Baginda menjemput sekalian keluarganya ke rumah. Kehadiran mereka disambut dengan hidangan makanan yang enak-enak. Baginda meraikan seperti tetamu yang istimewa. Setelah selesai jamuan, Baginda mengambil peluang untuk menyampaikan seruan Tuhan yag Maha Pengasih dan Maha Penyayang. "Wahai kaum keluarga yang ku kasihi, sesungguhnya Tuhan yang menjadikan kita dan nenek moyang kita adalah Allah swt. Dan aku diutuskan kepada sekalian manusia sebagai rasulNya, marilah bersama kita perjuangkan Tuhan." Sunyi sepi suasana ketika itu, kemudian mula terdengar suara-suara sumbang mengejek dan mencerca Rasulullah saw. Terhiris hati Rasulullah saw apabila melihat tindak balas kaum keluarganya yang mengejek dan menghina Allah swt.

Namun Baginda tetap bersabar, walaupun hiba perasaan Baginda tetapi setitik air mata pun tidak terkeluar dari matanya. Hatinya sentiasa berdoa agar Allah swt mengampunkan umatnya. Tiba-tiba Saidina Ali bingkas bangun dan berkata "ya Rasulullah! akulah yang akan menolong mu, aku sedia memerangi siapa sahaja yang akan memerangimu!" Tersenyum Baginda apabila melihat keberanian Saidina Ali mengatakan kebersamaannya untuk memperjuangkan Tuhan. Inilah pengubat kesedihan Baginda. Tersentak kaum Quraisy melihat kelantangan Saidina Ali bersuara. Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana Saidina Ali adalah cucu kepada Abdul Muttalib, pembesar kaum Quraisy. Mereka segera beredar dengan perasaan yang tidak senang. Di umur belasan tahun ini, Saidina Ali telah menjadi orang yang mendokong kekasih Tuhan. Dirasakan Rasulullah saw seolah-olah kekasihnya juga. Kalau boleh jangan ada yang berani menentang Rasulullah saw lebih-lebih lagi mempermainkan Baginda. Bayangkan di tangan anak muda inilah dunia tunduk dan akur, sejak kecil lagi wataknya sudah menterjemahkan ketokohan beliau di hari akan datang.
Saidina Ali mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Rasulullah saw. Bukan diikat oleh pertalian keluarga dari nasab keturunan yang sama, tetapi kerana diikat oleh cita-cita yang sama .Ingin memperjuangkan Tuhan agar Allah swt benar-benar dikenali seterusnya dicintai oleh semua manusia . Di atas cita -cita inilah Saidina Ali sanggup menghadapi kesusahan dan menggadaikan nyawanya untuk Rasulullah saw. Apabila Allah swt memerintahkan supaya seluruh kaum muslimin Mekah berhijrah ke Madinah, bergegas-gegaslah kaum muslimin mencari peluang berhijrah, takut jika diketahui oleh orang arab Quraisy. Di saat ini, kaum muslimin telah diancam dan disiksa dengan begitu dahsyat. Begitu juga Rasulullah saw telah diancam bunuh. Di malam sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar, rumah baginda telah dikepong. Ketika itu Baginda tinggal berdua dengan Saidina Ali di rumah Baginda. Sedang di waktu, rumah Baginda telah dikepong oleh pemuda-pemuda dari qabilah-qabilah yang berbeza yang dihantar oleh arab Quraisy Mekah.
Sebelum Rasulullah saw berjaya keluar dari kepongan mereka, Rasulullah saw telah meminta Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda. "Wahai Ali, bolehkah engkau menggantikan tempat tidurku apabila aku berjaya keluar dari kepongan musuh-musuh Allah swt ini?" Lantas Saidina Ali menjawab " Demi Allah SWT dan RasulNya, aku sanggup melakukan apa sahaja." Maka keluarlah Baginda dengan selamat tanpa diusik oleh musuh sedikit pun. Setelah itu, pemuda-pemuda tersebut telah menyerbu masuk ke rumah Rasulullah SAW lalu membuka kain selimut di katil Baginda. Mereka terperanjat apabila mendapati Saidina Ali yang berbaring di katil tersebut. Andaikan, jika mereka terus munusukkan lembing dan menetakkan pedang ke katil Baginda. Tiada siapa lagi yang boleh menjamin keselamatan Saidina Ali. Namun atas dasar cintakan Rasulullah saw, beliau sanggup mengorbankan nyawanya sebagai pengganti. Tiada pengorbanan yang sanggup dibuat oleh dua insan yang sedang bercinta yang lebih hebat dari pengorbanan Saidina Ali ini. Memang layaklah Saidina Ali disenaraikan oleh Rasulullah saw di antara sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga. Inilah sebahagian kisah Saidina Ali di zaman remajanya.
Betapalah apabila beliau telah menjangkau dewasa. Pendidikan Rasulullah saw benar-benar telah menghidupkan akal dan jiwa Saidina Ali sehingga memiliki kemampuan di luar jangkaan fikiran manusia biasa. Seorang remaja yang baru menjangkau umur awal dewasa telah menjadi aset yang sangat berharga kepada bangsa, agama dan negaranya.
No comments:
Post a Comment