Aku melihat di sekeliling hidupku. Dunia dipenuhi dengan manusia yang sibuk dengan urusan masing-masing. Setiap orang sibuk dengan perkara duniawi. Insan yang memerlukan tempat mengadu domba masalah hidupnya perlu disimpan di dalam hatinya sahaja. Walaupun tidak tertanggung tetapi perlu disimpan untuk dihadiahkan dan diadukan kepada Penciptanya.
Hanya Allah sahaja tempat untuk berkongsi masalah. Manusia? kebanyakan manusia tidak boleh dipercayai. Bila berkongsi masalah, belum tentu ianya akan selesai malah akan bertambah masalah. Cerita itu akan menjadi gosip/buah mulut orang ramai dan akan menjadi lebih bernanah dan menyakitkan hati!
Manusia sering memperbesar2kan kelemahan orang lain di khalayak ramai. Betul lah kata peribahasa 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. Begitulah hakikatnya manusia. Berbahagia dan berbangga menyebarkan fitnah dan kelemahan orang lain. Ingatlah manusia bahawa jika kita menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak.
Belum tentu jika ibubapa mengatakan 'saya kenal la perangai anak saya'. Adakah mereka faham kenapa anak2 mereka bertindak begitu? Hakikatnya walaupun insan itu merupakan anak kandungnya, belum tentu lagi ibu bapa itu dapat memahami anak2nya 100%. Jadi janganlah menceritakan keaiban anak2 di hadapan orang lain. Anak-anak juga mempunyai maruah diri. Yang perlu diceritakan hanyalah kebaikan anak2 bukan keburukan/kelemahan mereka.
Manusia akan lemas dan rimas apabila diceritakan masalah kepadanya... (manusia akan mengeluh di dalam hatinya: ' hish! x ada org lain ke nak jumpa aku..banyak btul masalah dia!). Tetapi lain pula apabila diceritakan kepada Penciptanya. Allah s.w.t ternanti2 rayuan hambaNya. Allah ingin mendengar rintihan mereka. Sampai begitu sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Allahhu Akbar! Betapa kerdil dan hinanya kita jika dibandingkan dengan kasih sayang Allah s.w.t. Walau apa jua dugaan yang menimpa diri kita perlu sabar dan tabah mengharungi liku2 kehidupan.
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan bersabarlah melawan musuhmu dan berjagalah (di perbatasan negerimu) dan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan." (Surah Al-Imran:200)