Monday, March 16, 2009

Fitrah Kehidupan

Hari demi hari usia manusia kian meningkat dan ianya menandakan insan sudah semakin hampir menemui ajal. Tetapi adakah kita sudah bersedia? Kita perlu memberi peringatan kepada diri sendiri dan orang lain. Ini kerana manusia adalah makhluk yang sering lupa. Perkataan insan adalah berasal daripada bahasa arab iaitu 'nasi' yang bermaksud lupa. Manakala insan pula beraksud pelupa. Oleh itu sudah fitrah kehidupan bahawa manusia perlu sentiasa diingatkan.

Di dalam surah An-Nisa' ayat 85 ada menyebut bahawa "Barangsiapa menolong dengan pertolongan yang baik adalah baginya satu bahagian daripada kejahatan itu. Dan Allah Pemelihara atas setiap sesuatu." Dengan kata lain ianya bermaksud jika kita mengajak orang melakukan kebaikan dan ada orang yang mengikut melakukan kebaikan tersebut maka kita juga akan mendapat pahala. Jika kita mengajak manusia ke jalan kejahatan dan mereka pula mengikutinya, kita juga turut menanggung dosa setiap orang yang melakukan dosa tersebut. Nauzubillahhi min zalik.

Sudah mnjadi resam kehidupan bahawa manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Kita semua akui bahawa manusia itu tidak sempurna. Tetapi kita boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik. Dalam melakukan kebaikan, banyaklah rintangan yang perlu kita tempuhi dan di waktu itu kita akan diuji untuk melakukan perkara yang boleh mendaangkan kebaikan atau sebaliknya. Sebagai contoh, seorang pelajar perlu menelaah buku untuk menghadapi peperiksaan dan pada waktu yang sama perlu menghadii program usrah untuk menarbiyahkan diri sendiri dan dalam masa yang sama berdakwah kepada orang lain. Sebagai hamba Allah, kedua-dua perkara ini adalah penting. Tetapi yang manakah lebih penting? Bagaimana kita hendak membuat pilihan yang bijak di antara tanggungjawab seorang pelajar dan tanggngjawab seorang muslim iaitu untuk berdakwah? Berdakwah ini bukanlah sesuatu yang muah untuk dilaksanakan. Ianya memerlukan kesabaran, ketabahan dan keyakinan yang teguh kepada Allah s.w.t. Tetapi kita perlu ingat bahawa jika kita memudahkan urusan yag telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita, Allah akan memudahkan kita dalam urusan duniawi. Insyaallah. Ingatlah bahawa setiap ketentuan Allah mempunyai hikmah yang tersembunyi. Kita perlu banyak berkorban demi menyebarkan ajaran Allah ini. Doa adalah senjata orang mukmin, banyakkan berdoa semoga Allah memudahkan perjuangan kita untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. Amin!

2 comments:

  1. Luaskan sedikit makna berdakwah dan juga tarbiyah.

    ReplyDelete
  2. ok insyallah.. saya akan perbaiki n memperkatakan tentang makna berdakwah n tarbiyah dengan lebi tepat insyaallah..

    ReplyDelete