Wednesday, March 11, 2009

It's a life of test

Assalamualaikum wrh wbt...

Setiap perlakuan atau perbuatan yang kita lakukan perlulah disertakan dengan niat. Bersesuaian dengan hadith yang pertama sekali yang terdapat di dalam buku hadith 40 iaitu hadith yang berkenaan dengan niat. 'Innamal a'malu binniyyat' yang bermaksud sesungguhnya setiap perbuatan itu mestilah dimulai dengan niat. Namun begitu niat semata-mata tidak akan mengubah sesuatu kejadian atau sesuatu perkara jika ianya tidak disertakan dengan tindakan. Sebagai contoh, kita berniat untuk solat tetapi tidak solat, kita berniat untuk berpuasa tetapi tidak berpuasa walaupun kita mampu melakukannya. Ini bermakna sihat tubuh badan dan boleh melaksanakan suruhan Allah s.w.t. Tetapi lain pula keadaannya jika kita berniat untuk solat, tetapi dalam perjalanan ke masjid atau surau kita ditimpa kemalangan... itu lain la pulak ceritanya. Saya ni bukanlah manusia yang sempurna ada kekurangan seperti semua orang. Tetapi kita perlu sentiasa muhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan diri masing-masing. Wallahhu a'lam.

No comments:

Post a Comment