Thursday, March 12, 2009

Tersedar Daripada Khayalan


Ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya mempunyai hikmahNya yang tersendiri. Sama ada kita sebagai hamba Allah yang tidak menyedari hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian dan dugaan yang menimpa diri seseorang itu. Ujian itu hanya diberikan kepada golongan yang istimewa dan terpilih sahaja. Bermacam bentuk dugaan diberikan oleh Allah untuk membantu meningkatkan ketaqwaan hambaNya. Orang yang ditimpa dugaan bukanlah bermakna dia tidak disayangi oleh Allah, malah sebaliknya.


Maka sedarlah sekalian dan bersyukurlah di atas dugaan yang menimpa diri. Allah ingin menguji iman dan ketaqwaan hambaNya. Di dalam Al-Quran ada menyebut "la yukallifullahhu nafsan illa wus a'ha" yang bermaksud Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan dirinya. Jadi renung-renungkanlah.


Apabila kita diuji kita akan lebih tabah dan sabar dalam mengharungi mehnah kehidupan. Kita harus bersyukur di atas segala nikmat yang kita ada dengan beribadah dan menolong orang-orang yang memerlukan.


5 comments:

  1. alhamdulillah satu permulaan yang bagus...penghayatan yang menyeluruh. teruskan usaha anda

    ReplyDelete
  2. salam..lawa la blog dia..hehe..nati jemput2 la makan jemput2 kt blog saya plak yer..
    www.helangsenja.blogspot.com..

    salam bermuhasabah..

    ReplyDelete
  3. waalaikummussalam.. terima kasih :) kalau ada apa2 yang nak ditambah..silakan.

    ReplyDelete
  4. kenapa awk tak letak shout box kat blog awk..nati mudah sket nak posting pape..sekadar cdngn.. :)

    ReplyDelete
  5. shout box tu ape?

    ReplyDelete