Monday, August 29, 2011



"Kalau berjodoh tidak ke mana. Walau jauh, Allah dekat, dekat dan dekatkan lagi. Sungguh, aturan Allah tidak dapat kita jangka. Tinggal kita saja, ‘minta sungguh-sungguh’ agar Allah bukakan hati dia untuk melamar kita. …Kerana Allah-lah Maha Kuasa membukanya. Kita, senyum. Biar hati sahaja yang berbicara."
– Nur Yusuf Al-Quds Fillah

Saturday, August 27, 2011

Tazkirah : Lelaki Kacak


untuk renungan bersama

Rasulullah(Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kainkapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir,datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka bolehmenyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalahAl-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soalsiasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ulA'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskan membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata"jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

Friday, August 5, 2011

Ramadhan Kareem

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.



DOA MALAM LAILATUL QADAR

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:

"Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.

2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar.

3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.

Values of Life


‘What goes around comes around’ this kind of statement is very meaningful in our lives. Another catchphrase that can be used is ‘experience is the best teacher’. Both motivational phrases are very true and useful as our reference in this challenging world.

For me, experience does teach me to become more mature and to be a better person…Insyaallah! After having some time and opportunity to grab as much experience that I can from working as a part timer during my semester break really teach me about how people deal with each other as an office mate. Since that I have went to two kinds of slight different environment, I feel that I am very grateful that I have been chosen at my beloved university.

It seems like I have been in a very different world compared during my study life as a student. I’m not telling you that I am a very good person. But I decided to be an observant in order to observe people’s attitude and at the same time if it is good to be followed I will take it as my guidance in future and if it is vice versa I will take it as my lesson for me in order not to repeat the same mistakes. Wallahu a’lam…