NUSAIBAH BT KA’AB AL ANSHARIYAH R.A
ü Digelar sebagai Ummu ‘Imarah.
ü Nusaibah bt Ka’ab Al-Anshariyah Al-Khazriyah An-Najjariyyah Al-Maziniyyah.
ü Mati syahid di medan jihad,ilmu, ibadah,warak dan keimanan.
ü Suaminya- Zaid bin A’shim adalah golongan awal yang masuk Islam.
ü Kedua-dua puteranya: Habin dan A’bdullah adalah sahabat Rasulullah s.a.w.
ü Setelah suaminya meninggal dunia, beliau berkahwin dengan Ghaziyyah bin ‘Amrin bin ‘Athiyyah an-Najjari dan mempunyai 2 orang anak bernama Tamim dan Khaulah.
ü Beliau mengikuti banyak peperangan dan pejuang Muslimah pertama dalam Islam.
ü Ummu Imarah melindungi Rasulullah s.a.w dengan menghunus pedangnya daripada jangkauan musuh.
ü Rasulullah s.a.w bersabda: “Saya tidak menoleh ke kiri dan kanan kecuali aku melihat Ummu ‘Imarah berperang di hadapanku” (at-Thabaqaat (8/415), Siyar A’laami an-Nubalaa’ (2/279) dan Sirah an-Nabawiyah karangan Dahlan (2/48)
ü Memahami kandungan Al-Quran dan Hadith
- Di antara hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Imarah bahawa Rasulullah s.a.w pernah berkunjung ke rumahnya. Maka Ummu Imarah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w mempelawanya makan bersama, dia menjawab “Ya Rasulullah! Aku berpuasa”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang berpuasa itu ketika orang makan di sekitarnya maka malaikat akan sebahyang ke atasnya sampai mereka selesai makan”.
No comments:
Post a Comment