- Pada zaman dahulu, ada beberapa orang pemuda yang beriman kepada Allah. Raja di dalam negeri mereka bernama Daqyanus, memaksa rakyatnya menyembah berhala, tetapi pemuda2 ini tidah mengikut perintahnya.
- Kemudian, pemuda2 ini melarikan diri ke sebuah gua yang agak jauh dari negeri tersebut. Di tengah jalan mereka diikuti oleh seekor anjing, sedang anjing itu berjaga di muka pintu gua, mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun.
- Setelah Raja Daqyanus wafat, tempat itu digantikan dengan seorang raja yg beriman kpd Allah. Pada masa itu terjadi perselisihan faham tentang kebangkitan sesudah mati untuk menerima balasan yang Maha Adil daripada Allah s.w.t.
- Lalu raja itu berdoa kepada Allah supaya menerangkan jalan kebenaran kepada rakyatnya. Tak lama kemudian seorang pengembala kambing raja merobohkan penutup lubang gua.
- Apabila pemuda2 itu telah bangun dari tidur, mereka mengutus salah seorang daripada temannya untuk pergi ke kota untuk membeli makanan dengan wang perak yang dibawa dahulu
- Tatkala penjual makanan melihat wang itu, lalu dituduhnya pesuruh itu mendapat simpanan wang raja dahulu kala, maka dibawanya pergi mengadap raja.
- Tatkala raja dan pembesar2nya melihat hal ehwal beberapa orang pemuda tersebut bersama anjing mereka. Mereka terkejut kerana raja Daqyanus itu telah lebih 300 tahun lamanya meninggal dunia.
- Di sini mereka mendapat dalil dan keterangan bahawa Allah s.w.t berkuasa menghidupkan orang mati, untuk dibalas dan diadili segala perbuatannya di atas dunia ini.
(Tafsir Mahmud Yunus Al-Quranul Karim, Rasm Uthmani)